PERKHIDMATAN


Definisi Kaunseling.

Menurut Ramlan Hamzah, kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling. 


Objektif Kaunseling

  1. Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.
  2. Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.
  3. Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.
  4. Menolong klien menyelesaikan masalahnya.



Tujuan Kaunseling  



1. Memberi Maklumat. Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat . Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor 




2. Menggalakkan Celik Akal. Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran. Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya 


3. Memberi Sokongan. Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.


4. Penyelesaian Konflik. Mengurangkan ketegangan dan permusuhan  antara dua individu (pihak) Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan


5. Membuat keputusan. Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan.  Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil. 




Aktiviti Kaunseling


PERKEMBANGAN. Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif


PENCEGAHAN. Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya


INTERVENSI. Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri


PEMULIHAN. Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya




Rasional Perkhidmatan Kaunseling

  1. Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
  2. Ketidakseimbangan emosi.
  3. Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
  4. Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
  5. Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.
  6. Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.
  7. Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.
  8. Masalah peribadi dan keluarga.
  9. Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.
  10. Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
  11. Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.  





    Jenis perkhidmatan kaunseling yang kami tawarkan ialah:





    Kaunseling Individu
    Kaunseling Individu hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa intervensi (pencelaan) dari mana-mana pihak. Ia melibatkan isu peribadi dan juga peningkatan diri. Perkhidmatan ini hanya dijalankan melalui e-kaunseling sahaja dimana klien yang ingin mendapatkan perkhidmatan boleh menghantar e-mail kepada kami.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan