REMAJA DAN PSIKOLOGI


Menurut Rogers,1981 remaja dalam bahasa Inggeris  atau bahasa Latin  yang
bermaksud membesar atau membesar menjadi matang Ini bermakna zaman remaja itu suatu proses dan bukannya suatu jangkamasa.
Proses yang dimaksudkan ini ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Ia boleh juga didefinisikan sebagai satu pergerakan.
Remaja juga didefinisikan sebagai satu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup. Secara tipikalnya, zaman  remaja dilihat sebagai satu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan satu zaman peralihan atau transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman remaja.
Persoalan yang sering ditanya oleh remaja ialah siapakah saya? iaitu satu
persoalan yang berkait dengan percarian identiti.
Identiti bermaksud apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain. Antara persoalan-persoalan lain
yang perlu dijawab oleh remaja ialah  bagaimanakah harus saya jalani hidup saya?
Apakah bidang kerja yang sesuai dengan saya?, Bagaimanakah cara yang terbaik untuk
membuat keputusan? Kepercayaan dan nilai yang mana satu harus saya ikuti?




CIRI-CIRI MASA REMAJA


Menurut Hurlock (1999) ciri-ciri masa remaja adalah sebagai berikut :
a. Masa remaja sebagai peringkat yang penting, kerana perkembangan , mental yang cepat dan penting dan adanya penyesuaian mental dan pembentukan sikap, nilai dan minat baru.
b. Masa remaja sebagai peralihan, adanya suatu perubahan sikap dan perilaku dari anak-anak ke menuju dewasa.
c. Masa remaja sebagai  perubahan, karena ada 5 perubahan yang bersifat universal yaitu perubahan emosi, tubuh, minat dan pola perilaku, dan perubahan nilai.
d. Masa remaja sebagai usia bermasalah, karena pada masa kanak-kanak masalah-masalahnya sebahagian besar diselesikan oleh guru dan orang tua sehingga kebanyakan remaja kurang berpengalaman dalam mengatasi masalah.
e. Masa remaja sebagai masa mencari identiti, kerana remaja berusaha untuk menjelaskan siapa dirinya, apa peranannya.
f. Masa remaja sebagai usia yang menimbulkan ketakutan, kerana adanya anggapan stereotype,budaya bahawa remaja adalah anak-anak yang tidak matang, yang tidak dapat dipercayai dan cenderung merlakukan keganasan, menyebabkan orang dewasa harus membimbing dan mengawasi mereka.
g. Masa remaja sebagai masa yang tidak realistik. Kerana remaja melihat dirinya sendiri dan orang lain sebagaimana yang diinginkan dan bukan sebagaimana adanya terlebih dalam cita-cita.
h. Masa remaja sebagai ambang masa dewasa, karena remaja mulai memusatkan diri pada perilaku yang dihubungkan dengan orang dewasa.

http://www.masbow.com/2009/08/psikologi-remaja-dan-permasalahannya.html




Terdapat beberapa teori dari barat yang memberi pendapat tentang remaja:

  i.    Pendapat Margaret Mead
Mead (1968) berpendapat zaman remaja ialah satu transisi zaman kanak-kanak ke zaman
dewasa yang perlahan dan tenang. Remaja tidak akan mengalami sebarang konflik
sekiranya masyarakat sekeliling membenarkan remaja tersebut melihat bagaimana bayi
dilahirkan, menganggap kematian sebagai satu keadaan semula jadi, dibenarkan
membuat kerja-kerja yang penting, menunjukkan tingkah laku yang asertif dan dominan
dan tahu apa yang dijangkakan oleh seorang dewasa.

 ii.    Pendapat Anna Freud
Anna Freud menekankan soal libido yang cuba mengancam dan menggugat
keseimbangan yang telah dicapai antara ego dan id. Ini menyebabkan ego membentuk
mekanisma pertahanan diri yang terdiri daripada intelektualisasi dan asetisima.
Intelektualisasi bermaksud menterjemahkan impuls-impuls seksual kepada pemikiran
pemikiran abstrak. Keadaan ini dapat dilihat pada remaja apabila mereka suka berdebat
tentang agama, politik, hak-hak seseorang individu dan tentang makna kehidupan.
Asetisisma pula bermaksud penafian-kendiri. Oleh kerana remaja bimbang tidak dapat
mengawal impuls-impuls itu kepada tingkah laku mencapai keseronokan yang lebih ringan
seperti banyak makan, berpakaian yang aneh-aneh dan sebagainya.


Anna Freud mengatakan bahawa zaman remaja adalah satu tempoh masa
ketidakseimbangan psikik, penuh dengan konflik emosi dan tingkah laku tidak menentu.
Kadang-kadang remaja bersifat egoistik dan pusat-kendiri dan mereka percaya semua
orang memerhatikan mereka. Kadang-kadang pula mereka lupa pada kehendak diri dan
terlalu prihatin dengan orang lain. Mereka kadang-kadang ingin bersama dengan orang
lain tetapi pada masa yang lain pula ingin bersendirian. Mereka bukan sahaja materialistik
tetapi juga pentingkan diri sendiri. Walaubagaimanapun kadang-kadang mereka jadi
idealistik. Pendek kata, Anna Freud berpendapat remaja mengalami keadaan tidak
menentu, ada turun naik, sekejap begitu yakin pada diri, tetapi pada masa lain amat ragu
ragu dengan tingkah laku mereka.

iii.    Pendapat Erikson
Erikson (1950, 1959) berpendapat tugas utama remaja ialah menyelesaikan konflik antara
identiti dan keliru identiti. Remaja hendaklah menjadi orang dewasa yang unik dan
menjadi individu matang yang mempunyai peranan yang tertentu. Demi pembentukan
identiti, ego remaja hendaklah boleh menyusun kemahiran dan keperluan dan kehendak
serta menyesuaikan segala-galanya dengan kehendak masyarakat. Identiti mempunyai
banyak komponen dan antara komponen-komponen itu ialah ciri-ciri seksual, sosial, fizikal, 
psikologikal, moral, ideologikal dan kerjaya yang kesemuanya apabila disatukan akan
menjadi diri yang total (Grotevant dan Thorbecke, 1982; Waterman, 1982). Oleh itu,
seseorang remaja akan dikenal pasti melalui ciri-ciri fizikalnya, rupa parasnya, binaan
tubuh badannya, peranannya, kemahiran berinteraksi, pencapaian, keahlian dalam
kumpulan, pilihan kerjaya, fahaman politik, pegangan agama, nilai, moral, kepercayaan,
falsafah hidup dan identiti etnik, personaliti, penyesuaian dan kesihatan mentalnya (
Phinney dan Alipura, 1990; Adams, 1977), remaja yang menerima diri dan mempunyai
identiti diri yang positif akan lebih cenderung mempunyai kesihatan mental yang lebih baik
(Goldman, Rosenzweig dan Lugger, 1980).


Pencarian identiti adalah satu proses yang memakan masa sejak dari kecil hinggalah ke
zaman  tau tetapi pencarian ini paling menonjol di zaman remaja. Salah satu aspek yang
paling penting dalam pencarian identiti ialah pemilihan kerjaya. Jika semasa kanak-kanak
seseorang individu itu memperolehi beberapa kemahiran yang diperlukan tetapi semasa
remaja tugasnya ialah mencari cara-cara yang terbaik untuk menggunakan kemahiran
kemahiran tersebut. Erikson berpendapat pada masa inilah remaja mengalami keliru
identiti atau peranan dan mula memikirkan tentang apakah peranannya di dalam
masyarakat.


Erikson memperkenalkan satu istilah yang dikenali sebagai moraltorium sosial yang
bermaksud satu tempoh masa antara zaman kanak-kanak dan dewasa kerana seseorang
individu bebas menguji sesuatu keadaan dan berusaha mencari identiti dan peranan yang
diterima masyarakat. Seseorang individu itu akan menganalisa dan menguji pelbagai
peranan demi memperoleh identiti dan peranan kendiri. Erikson berpendapat jangka masa 
dan darjah seseorang remaja mengalami moratorium adalah berbeza antara satu sama
lain. Walaubagaimanapun, kata Erikson keliru identiti pasti dialami oleh remaja walaupun
sedikit dan ini adalah sesuatu yang normal.


Salah satu bentuk penahanan diri berdasarkan keliru identiti ialah gemar berkelompok
(clique) dan sifat tidak boleh bertolak-ansur dengan orang lain. Sebab itulah remaja sering
bertelagah dengan orang-orang yang berautoriti. Remaja juga kadang-kadang
menunjukkan keadaan kelirunya tadi dengan cara tingkah laku yang tidak boleh
diterima.pada masa yang sama juga ada remaja yang cuba mencari sesuatu yang boleh ia
ceburi, misalnya ada di kalangan mereka yang suka berkelempok, terlalu ikut-ikutkan
fesyen, amalan-amalan tertentu dan sebagainya. Setakat mana remaja tersebut boleh
setia dengan amalannya itu akan menentukan keupayannya untuk menyelesaikan krisis
identitinya. Kegagalan untuk mencapai identiti akan juga menyebabkan seseorang remaja
itu ragu-ragu dengan kebolehan diri, keliru peranan dan ini semua akan membawa akibat
psikologi yang lebih teruk pada masa hadapan.


Jika seseorang remaja berjaya menyelesaikan krisis identiti tadi, ia akan menjadi orang
yang setia dan taat dan ia juga akan mempunyai rasa kepunyaan terhadap rakan
rakannya, terhadap nilai-nilai, idelogi, agama atau bangsa tertentu. Identifikasi-kendiri
terbina apabila remaja telah dapat memilih sendiri nilai-nilai dan orang-orang yang ia akan
setia dan taat dan bukannya pemilihan itu datang daripada ibu bapanya atau orang-orang
lain.


Kasih sayang merupakan salah satu lagi cara untuk mencapai identiti. Dengan cara
membina hubungan yang rapat, berkongsi minat, fikiran dan perasaan dengan orang lain,
remaja akan dapat melihat identitinya yang tergambar pada orang disayanginya. 


ANTARA PUNCA PERMASALAHAN REMAJA DIRI SENDIRI 


Remaja sedang mengalami fasa perubahan, di mana kadangkala remaja mengalami
masalah konflik diri dan mencari-cari identiti diri. Keperluan diri mula bertambah dan
remaja mula meminta pandangannya dihormati sedangkan sekelilingnya menolak. Emosi
remaja umumnya tidak stabil pada peringkat ini dan kefahaman yang tinggi daripada ibu
bapanya amatlah perlu dalam menangani sebarang isu yang dikemukakan.


Terdapat beberapa faktor berpunca dari diri klien sendiri yang telah mempengaruhi tingkah lakunya. Antaranya:

a)   Pemikiran Tak Rasional
Dari pemerhatian, klien dilihat tidak rasional dalam membuat keputusannya. Contohnya, walaupun mengetahui menjual rokok di sekolah dan meragut adalah perbuatan yang salah, namun dia tetap melakukannya. Pengalaman hidup yang dilalui telah mempengaruhi cara pemikiran dan pandangannya tentang hidup. Kurangnya pengetahuan dalam mengawal emosi menyebabkan klien memberontak dan bertindak di luar batasan.
b)   Perasaan (Pertentangan Antara Ideal Dengan Sebenar).
Klien ingin hidup mewah seperti rakan-rakan menyebabkan dia merasa tidak puas hati dengan keadaan keluarganya yang miskin. Oleh itu, dia merasakan perlu melakukan sesutu untuk memuskan kehendaknya walau dengan memilih jalan yang salah.
c)   Perlakuan
Demi mencari kepuasan dalam hidup, klien telah bertingkahlaku yang bertentangan dengan moral seperti menjual rokok dan meragut. Dia juga bersikap membentak dan enggan mendengar kata orang tua. Kesilapan yang dilakukan adalah pilihannya sendiri, bukan ditentukan oleh sesiapa. Klien bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala tingkah lakunya
d)   Pengalaman Pahit Yang Mengganggu.
Kehidupan klien yang susah sejak kecil, ditambah pula sikap ayahnya tidak bertolak ansur dan suka memukulnya menyebabkan Hafiz bersikap pendendam dan memberontak untuk menarik perhatian dan kasih sayang keluarga. Dia keliru mencari identiti dan matlamat hidup menyebabkannya memilih jalan yang salah.


ii)       ORANG LAIN

a)   Cara kawalan yang tidak menentu oleh ibu bapa.
Ada sesetengah ibubapa yang mengawal anak-anak dengan cara yang autokratik dan menindas, ada pula dengan cara bertegas dan berlembut, ada pula menggunakan cara demokrasi dan kebebasan yang dipanggil pemisif atau liberal. Cara permisif dan liberal merupakan cara kawalan yang bebas dan longgar dan remaja diberi kebebasan. Ibu bapa tidak mengarah dan mengawal atau mengongkong. Remaja diharapkan dapat memahami sendiri kesusahan dan kesan yang dirasai. Hakikatnya, remaja seharusnya selalu dibimbing kerana pada usia itu mereka sedang mencari identiti diri dan cenderung berbuat kesilapan.
Cara ini sebenarnya menunjukkan berbagai masalah dalam keluarga itu sendiri. Akibatnya anak-anak menjadi keliru, tidak mahu mengikut arahan keluarga dan cenderung tidak mahu berorentasikan keluarga mereka sendiri. Ayah klien seorang yang terlalu tegas tetapi ibunya bersikap sebaliknya. Akibatnya, klien menjadi keliru tentang pegangan sikap yang harus dimilikinya. Dia akhirnya memilih haluan sendiri yang jauh terpesong dari yang diharapkan oleh keluarga.
b)   Afek (perasaan kekeluargaan)
Afek yang negatif terdapat dalam keluarga itu jika ahli keluarga mempunyai perasaan dingin, sikap seteru, penolakan dan kebencian sesama mereka. Contohnya, ibu bapa yang terlalu kecewa dan marah serta tidak upaya untuk berempati dengan anak-anak mereka. 
c)   Keeratan keluarga
Keeratan difahamkan sebagai darjah ikatan atau hubungan yang ada pada keluarga itu. Pada keluarga yang berfunsi baik, ahlinya mempunyai ikatan yang rapat, perhubungan yang dekat dan perasaan bersatu yang ketat dan tidak mahu dipisahkan. Jika ibu bapa bertegas seperti yang dialami klien, remaja biasanya beranggapan bahawa ibu bapa tidak rapat dan tidak memberi perhatian.
Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang tidak bahagia dan kucar-kacir. Rumah bukan syurga untuk mereka meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa menjadikan anak-anak lepas bebas untuk membuat keputusan sendiri. 
Lebih menyedihkan jika ada anak- anak yang membesar dengan asyik melihat pertengkaran dan pergaduhan di rumah mereka. Ketiadaan saluran yang betul untuk meluahkan perasaan tidakpuas hati remaja mendorong remaja ini untuk meluahkannya bersama rakan sebaya di luar rumah, terutamanya di sekolah. Akibatnya kepincangan dari rumah dibawa ke sekolah dan masalah amat sukar diatasi melainkan akar masalah tersebut dapat diatasi.
d)   Pengaruh rakan sebaya
Remaja yang bermasalah juga seringkali berada di bawah pengaruh rakan yang memberi contoh tidak baik.
Ketiadaan sokongan, nasihat dan pemantauan yang berterusan menyebabkan kecenderungan remaja melakukan perkara-perkara yang tidak baik lebih kuat. Banyak masa dihabiskan di sekolah, justeru rakan-rakan adalah terdekat yang mereka ikuti. Guru-guru mempunyai keterbatasan waktu, dalam mengimbangi tugas menghabiskan subjek dan mendidik pelajar.
Fahaman bahawa rakan-rakan lebih memahami perasaan mereka menyebabkan remaja lebih mempercayai rakan-rakan dalam membuat suatu keputusan. Budaya berseronok dan suka mencuba sesuatu yang baru juga antara lain menjadi faktor penggalak kepada permasalahan ini.
Peranan ibu bapa untuk membantu ke arah perubahan diri Remaja.
a)    Ibu bapa seharusnya memahami dan mengetahui alam psikologi remaja yang sedang membesar.
b)   Klien ternyata menghadapi kehidupan kritikal pada peringkat umur 12-21 tahun. Pada masa itu juga konflik dalaman berlaku demi menentukan arah hidupnya.
c)    Ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan masa berbincang secara bersemuka dengan klien dan jangan memperkecilkan kemampuan dan menolak pendapatnya kerana remaja sentiasa mahu dihargai dan dihormati.
d)   Ibu bapa mesti beruasaha merapatkan jurang pergaulan dan perhubungan antara satu sama lain.
e)    Ibu bapa menunjukkan ketegasan dalam kawalan (Autokratik tetapi demokratik) terutama terhadap hal yang dinilai akan memberi kesan yang tidak baik tetapi dilakukan dengan cara musyawarah, berunding dan berkomporomi. Dengan cara ini, ibu bapa juga berharap mereka akan dihormati dan suasana kekeluargaan akan lebih selesa kerana fungsi keluarga dditerima dengan senang hati dan semua ahli gembira dan megah dengan keluarga mereka.
Kaunselor perlu mengadakan rangkaian sokongan yang betul. Rangkaian sokongan adalah individu-individu yang boleh membantu remaja dalam menangani permasalahan mereka iaitu ahli keluarga, sahabat, guru dan kaunselor. Rakan yang bermasalah tidak termasuk dalam rangkaian sokongan ini.

copy from: http://sudutpsikologi.blogspot.com/2010/09/teori-kaunseling-dan-psikoterapi.html






Tiada ulasan:

Catat Ulasan